Sembilan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Syafiq Naswip akui tidak terkejar untuk menimang cahaya mata sebaliknya menyerahkan rezeki mendapatkan zuriat kepada Allah.
Menurutnya, dia dan isteri tidak mengamalkan perancangan kelurga serta jauh sekali mengikut trend segelintir pasangan muda yang enggan memiliki cahaya mata atau ‘childfree’.
“Kami ikut sahaja aturan Allah, ‘just go with the flow. Tiadalah stres atau apa. Kalau ada lekat (anak), lekatlah.
“Saya dan isteri memang tak rancang apa-apa pun (soal anak) sebab dari sebelum berkahwin lagi dah berbincang mengenai anak.
“Siapa yang tak mahukan zuriat? Anak juga pengikat kasih sayang. Tak terdetik pun nak ikut trend (childfree), tapi itu pilihan masing-masing,” katanya.
Pelakon terkenal itu juga turut menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami dirinya.
Sumber: Kosmo