Tunaikan Umrah, Syafiq Kyle Tak Lupa Titip Doa Buat Mimi Lana

Pelakon Syafiq Kyle akui turut menitipkan doa buat Mimi Lana ketika sedang menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. 

Namun Syafiq tidak mahu meletakkan harapan, hubungannya bersama Mimi kini hanyalah sebagai sahabat tetapi menyerahkan sepenuhnya kepada Tuhan berkaitan jodoh.

tunaikan umrah, syafiq kyle tak lupa titip doa buat mimi lana

“Apabila ada pengharapan dalam hati ramai, saya harap sulamkan dengan doa. Saya pun memang tak berhenti berdoa di Tanah Suci.

“Saya pun bukan individu yang layak untuk beri kata putus tentang semua yang terjadi. Masing masing pun dapat melihat dan untuk menghakimi pun terpulang pada masing-masing

“Apa yang boleh cakap ialah setakat itu sahaja. Alhamdulillah kami masih berbaik dan berkawan. Untuk kata lebih pun tak berani,” katanya. 

Apabila sering diajukan soalan mengenai hubungan mereka berdua, Syafiq hanya meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Mimi. 

“Masya-allah alhamdulilah. Antara salah satu doa yang saya minta di Tanah Suci ialah hubungan dengan semua termasuk keluarga dan Mimi”, Tambahnya. 

Sumber: Kosmo