Pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Demikian menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, yang mengakui buat masa ini menyelesaikan perkara wajib dahulu seperti menghadiri kursus kahwin.
Syafiq bagaimanapun tidak mempunyai tarikh sebenar perkahwinan mereka itu memandangkan masing-masing terikat dengan komitmen serta urusan kerja.
“InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.
“Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insyaAllah, tahun inilah,” katanya.
Syafiq turut berkata beliau teruja bakal bergelar raja sehari dan kini dalam proses pendaftaran penikahan.
Ditanya persiapan dari pihak Mimi Lana, beliau berkata setakat ini semuanya berjalan lancar.
Dalam masa sama, Syafiq turut memohon doa dari orang ramai agar dipermudahkan urusan mereka.
Sumber: MH