Syada Amzah Geram Dengan Perangai Netizen, “Saya Tak Peduli Apa Orang Kata Tentang Saya..”

Penyanyi, Syada Amzah dilihat tampil bersuara selepas pempengaruh, Cupcake Aisyah, terpalit dengan spekulasi yang dikatakan merampas bekas teman lelaki kawan baiknya sendiri iaitu Kasih Iris Leona.

syada amzah geram dengan perangai netizen, “saya tak peduli apa orang kata tentang saya..”

Baca: Kecoh Isu Sondol Ex-Boyfriend Kawan Baik, Warganet Kecam Cupcake Aisyah

 

Syada, menerusi Instagram berkata, beliau tidak dapat menahan diri daripada berdiam kerana berang dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kecaman terhadap personaliti itu hingga melibatkan ahli keluarga.

 

“Saya sudah cuba untuk berdiam diri, tapi saya tidak dapat tahan lagi. Saya geram. Sebab dalam kes ini, tak ada siapa yang 100% betul atau 100% salah.  Dalam mana-mana jenis hubungan akan ada perbalahan, akan ada cerita kedua-dua belah pihak. Tapi memandangkan benda ini pasal orang lain dan seseorang yang lebih muda dari kita. Tolong rasional.

“Kalau pasal A dengan B kenapa sampai ganggu parents diorang? Fikir laa, bagaimana perkara sama berlaku pada anda dan keluarga anda? Plain biadab. Jangan kacau sampai ke family, sepupu sepapat orang tu. Kesian sangat tahu tak,” kata Syada.

 

Dalam pada itu, Syada turut berkata beliau tidak lagi kisah andai dirinya digelar orang ramai sebagai ‘kalis kecaman’.

 

“Tujuan sebenar saya melakukan hantaran ini adalah mengenai kesedaran mental. Kalian telah menyerang orang lain sepenuhnya secara atas talian.

“Saya tak peduli apa orang cakap tentang saya, lagi-lagi apabila ia tidak benar. Gelarlah saya kalis kecaman atau apa-apa.

“Saya hanya mahu bekerja cari rezeki halal, jaga ibu saya selagi saya masih hidup,” ujar beliau.

syada amzah geram dengan perangai netizen, “saya tak peduli apa orang kata tentang saya..”

Dalam isu yang tular, Cupcake Aisyah telah menafikan dakwaan kononnya bercinta dengan jejaka bernama Ryan, yang juga bekas kekasih kepada kawan baiknya sendiri, Kasih Iris Leona.

 

Sumber: Instagram