Surau Dekat R&R, Hentian Sebelah Dan Plaza Tol Ditutup Untuk Kawasan PKPB Di Selangor, KL & Putrajaya

surau dekat r&r, hentian sebelah dan plaza tol ditutup untuk kawasan pkpb di selangor, kl & putrajaya

Memandangkan pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) maka terdapat beberapa perkhidmatan telah ditutup buat sementara waktu.

Pihak PLUS turut menutup surau mereka di R&R, Hentian Sebelah dan hentian sebelah plaza tol yang terletak di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara yang terlibat:

R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)

R&R Rawang (Arah Utara)

R&R Dengkil (Kedua-dua Arah)

Restoran Jejantas Sungai Buloh

USJ serta Hentian Sebelah Tanjung Malim (Arah Utara)

Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan)

Hentian Sebelah Serdang (Kedua-dua Arah)

Ini termasuklah semua 29 surau yang terdapat di hentian sebelah plaza tol PLUS di negeri dan kawasan yang terbabit.

Bagaimanapun, gerai makan yang berada di kawasan terbabit tetap dibuka. Cumanya operasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKPB ni. Kemudahan tandas awam di kawasan terlibat tetap beroperasi selama 24-jam sepanjang tempoh tersebut.


surau dekat r&r, hentian sebelah dan plaza tol ditutup untuk kawasan pkpb di selangor, kl & putrajaya