Suki Low Antara Nama Pelakon Alih Suara Pinocchio Versi BM

Sudahkah anda menonton filem kartun popular dunia yang sentiasa diminati ramai iaitu Pinocchio?

suki low antara nama pelakon alih suara pinocchio versi bm

Filem kanak-kanak ini mengangkat kisah tentang anak patung kayu yang berusaha untuk menjadi seorang budak lelaki sebenar dengan pelbagai cabaran terpaksa dilalui.

suki low antara nama pelakon alih suara pinocchio versi bm

Pinocchio kini telah dihasilkan dengan versi live-action yang menampilkan barisan pelakon popular Hollywood seperti Tom Hanks sebagai Geppetto yang merupakan pencipta patung kayu kanak-kanak.

suki low antara nama pelakon alih suara pinocchio versi bm

Pelakon lain seperti Joseph Gordon-Levitt sebagai Jiminy Cricket, Luke Evans (The Coachman) dan Keegan-Michael Key (Honest John).

Telah mula ditayangkan menerusi penstriman Disney+ Hotstar, Pinocchio juga tampil dalam versi alih suara Bahasa Melayu dengan bakat-bakat besar tempatan yang diberi kepercayaan menjayakan Pinocchio.

 

Antaranya Azman Hassan sebagai bintang Geppetto, pelakon kanak-kanak berbakat besar, Khaireel Akasya sebagai Pinocchio, dan juga bintang Gegarvaganza musim ke-8, Suki Low sebagai pelakon suara watak Fabiana dan Sabina.

suki low antara nama pelakon alih suara pinocchio versi bm

Selain itu, beberapa lagi bakat lain turut menyertai pasukan alih suara Bahasa Melayu iaitu Muhamad Mustaqim (Jiminy Cricket), Hazwan Idris (Honest John) dan Wan Muhammad Tamlikha (The Coachman).

 

Sumber: Kosmo