‘Ya, Saya Single Lagi’ - Sufian Suhaimi Mengaku Masih Solo

Penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi mengaku yang dia kini masih ‘single’.

‘ya, saya single lagi’ - sufian suhaimi mengaku masih solo

Sufian bagaimanapun, berkata dia tidak terlalu meletakkan fokus utama untuk mencari pasangan hidup dan sebaliknya ingin lebih fokus pada karier, keluarga dan perniagaan.

“Bukanlah tidak mencari, cuma mungkin tidak terlalu bersungguh-sungguh. Fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya seni, keluarga dan perniagaan.

“Mungkin apa yang ada ketika ini membuatkan saya tidak terlalu memikiran tentang mencari pasangan.

“Fitrah manusia mahu hidup berpasangan dan mungkin itu menyebabkan ramai hairan apabila saya masih solo. Ada yang tidak percaya, cuma jujur, saya masih single,” ujarnya.

Terdahulu, timbul khabar angin yang mengatakan penyanyi “Di Matamu” itu sedang menjalin hubungan cinta selepas usahawan selebriti, Neelofa memberi bayangan seolah-olah dia telah pun ada yang punya dalam satu siaran langsung yang diadakan di Instagram.

 

Sumber: Utusan