Sufian Suhaimi Akui Sedang Kenal Hati Budi Seorang Wanita Usia Awal 20-an

Penyanyi, Sufian Suhaimi mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita berusia awal 20-an.

sufian suhaimi akui sedang kenal hati budi seorang wanita usia awal 20-an

Ujar Sufian, wanita itu kini berkawan rapat dengannya dan bakal menamatkan pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti.

 

"Ya saya sedang berkawan dengan seseorang ketika ini.

"Jujurnya saya bukanlah orang yang suka berkongsi terlalu banyak mengenai kehidupan peribadi, tapi saya juga tidak berahsia.

"Kalau orang tanya saya jawab saja, cuma bukan itu yang saya kejar. Lagipun orang luar boleh bercakap apa saja nanti.

"Buat masa sekarang saya enggan terlalu menjaja cerita peribadi, tetapi apabila ditanya saya jawab dan mahu fokus kepada kerjaya seni dan bisnes," katanya.

 

Sufian juga bersyukur kerana masih ada yang ingin mengetahui perihal peribadinya meskipun beliau enggan menceritakan ia kepada umum.

 

Dalam pada itu, Sufian turut berdoa agar hubungan itu berakhir hingga ke jinjang pelamin.

 

"Sudah tentu bila ada pasangan, kita tak mahu buang masa dan ada niat untuk sampai ke jenjang pelamin.

"Namun, saya tidaklah terlalu menyusun atau mengira untuk hari itu tiba. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja," katanya.

 

Sumber: HMetro