Dah Siap Nak Tidur Tiba-Tiba Suami Request, “Laki Memang Camni Ek?” – Intan Najuwa

Pelakon, Datin Intan Najuwa kini merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Ashraf Azman.

intan najuwa enggan digelar datin walau kahwin lelaki pangkat datuk

Semenjak berkahwin, Intan dilihat sering memasak untuk suaminya dan turut berkongsi video memasak menerusi media sosial.

 

Tular di media sosial Tiktok, video memasak yang dimuatnaik Intan Najuwa telah mencuri perhatian ramai.

dah siap nak tidur tiba-tiba suami request, “laki memang camni ek?” – intan najuwa

Mendapat lebih 3.5 juta tontonan, Intan dilihat memasak ayam masak kicap, permintaan suaminya itu meskipun pada ketika itu katanya jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

 

“Hmm lelaki memang camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetiba dia request ayam masak kicap pukul 12 am,” kata Intan Najuwa.

 

@intannajuwaaa

Hmm lelaki mmg camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetibe dia request ayam masak kicap kul 12am 😅🥲

♬ original sound - Intannajuwa

 

 

Video berkenaan mencuit perhatian warganet yang rata-rata bersetuju dan berhadapan dengan perkara sama seperti yang dialami Intan Najuwa.

 

“Selalu minta meggi je, ni rare tau nak ayam masak kicap”

“Suami saya tak cakap lapar, dia akan tanya sayang tak lapar ke, taknak makan ke. Padahal dia yang lapar”

“Aah orang laki memang macam tu, kita dah baring tarik selimut, tiber nak air tea panas, goreng nugget”-kata mereka.

 

Dalam video berbeza, kelihatan juga Intan ligat memasak di dapur ketika jam menunjukkan pukul 1 pagi.

 

@intannajuwaaa

pukul 1 pagi masih meriah siap dengan marinated chicken sekali 😂 mampuihhhh diet camni

♬ original sound - Intannajuwa

 

Sumber: Tiktok Intan Najuwa