Baru-baru ini, tular menerusi sebuah akaun Facebook yang mendakwa suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Alif Awang atau lebih dikenali dengan nama Opai, bukanlah pemilik berdaftar kepada nombor plat ‘QPA1’.
Nombor plat QPA1 yang digunakan pada kereta jenis McLaren miliknya sebelum ini didakwa adalah milik Revenue Scope Sdn Bhd.
Justeru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah itu untuk tampil membuat laporan selepas tular gambar kenderaan tersebut minggu lalu.
“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fatin Afeefa telah berkongsi foto menunjukkan suaminya sedang terlantar sakit di sebuah hospital swasta.
Ujar Fatin, suaminya itu telah dipukul dengan Geng Honda.
"Kena pukul dengan geng Honda," tulisnya.
Sebelum ini, Opai telah menjadi perhatian ramai selepas bertindak melabelkan kereta bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis.
Keadaan menjadi lebih kecoh selepas kedua-dua pasangan ini telah memadam foto masing-masing di Instagram, hingga mengundang spekulasi ramai khasnya netizen.
Sumber: Astro AWANI