“Saya terpikat dengan isteri kerana dia mempunyai hati yang baik dan tidak gemar bercakap buruk mengenai orang lain,” demikian kata Mohd Al-Adib Fahmi Harun, suami kepada penyanyi popular tanah air, Wany Hasrita.
Jumaat lalu, pasangan tersebut melangsungkan majlis pernikahan mereka di samping kira-kira 300 tetamu termasuk rakan-rakan rapat selebriti.
Kongsi Mohd Al-Adib ketika ditemu ramah portal akhbar tempatan, sikap Wany yang tidak suka merungut ketika ditimpa masalah dan sentiasa mengucapkan kalimah Alhamdulillah membuatkan dia menjadi begitu tertarik pada pelantun lagu “Menahan Rindu” itu sehingga akhirnya jatuh cinta.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sekiranya dia bersedia untuk menjejakkan kaki ke dalam ‘dunia glamor’ berikutan kerjaya isteri tersayang sebagai seorang selebriti, katanya, dia okey sahaja asalkan tidak mengganggu kehidupan peribadi dan kariernya sebagai juruterbang.
“Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada masalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan karier saya saja.
“Untuk syarat Wany dalam meneruskan karier seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak? Macam ‘reverse psychology’ sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan?
“Apapun, syarat utama yang saya sudah beritahu dia adalah labuhkan tudung. Itu paling utama. Untuk masak pula, zaman sekarang sudah berubah dan banyak kemudahan untuk mendapatkan makanan,” ujarnya.
Sumber: [1]