Sophia Albarakbah Dah ‘Penat’ Nak Berganding Dengan Pelakon Lelaki Suami Orang

Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui sudah penat untuk menjaga hati pihak lain dan berusaha untuk mengelak daripada bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

tak puas hati, bella astillah ‘serang’ sophia albarakbah, ‘sound’ aliff aziz

Menurut Sophia, 30, jika diberi peluang, beliau berharap dapat digandingan dengan lelaki bujang dalam mana-mana lakonannya selepas ini.

 

"Kalau boleh, saya tidak mahu berganding dengan pelakon lelaki yang sudah kahwin supaya orang tidak beranggapan buruk terhadap saya. Saya harap sangat saya digandingkan dengan orang bujang," kata beliau.

 

Dalam masa sama, Sophia menafikan menjadi ‘orang ketiga’ atau ‘penyondol’ yang menggangu rumah tangga orang lain.

 

"Saya tak 'sondol' sesiapa ya. Buka kamus dan baca maksud 'penyondol' itu apa," kata beliau lagi.

sophia albarakbah dah ‘penat’ nak berganding dengan pelakon lelaki suami orang

Tambah Sophia lagi, beliau tiada naik lain selain fokus bekerja berhubung dakwaannya untuk berhati-hati jika berlakon dengan suami orang.

 

"Orang lain selalu salahkan saya. Kenapa nak salahkan saya? Saya tidak pernah nak mulakan apa-apa dulu. Saya hanya fokus bekerja.

"Sangat susah jadi Sophia. Tak buat apa-apa, duduk bernafas pun orang mengata. Kenapa dia duduk macam tu? Kenapa dia minum air macam tu?," katanya lagi.

 

Meskipun sering terpalit dengan kontroversi, Sophia berkata beliau tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang untuk terus aktif sebagai pelakon.

 

Sumber: HMetro