SOP Pemakaian Pelitup Muka Kekal

Sejak program vaksinasi Covid-19 dilaksanakan di seluruh dunia, banyak kelonggaran yang diberikan untuk orang awam.

 

Ada yang dah bebas melancong, boleh tengok bola kat stadium dan ada juga yang dah anjurkan konsert.

 sop pemakaian pelitup muka kekal

sop pemakaian pelitup muka kekal

Setiap negara mempunyai SOP berbeza mengikut situasi semasa Covid-19.

 

Tak hairanlah kalau korang tengok kat beberapa negara Eropah, rakyatnya bebas ke mana-mana tanpa pelitup muka.

 

Tapi, di Malaysia, pelitup muka wajib!

 

Malaysia tak akan ikut jejak langkah beberapa negara luar yang dah longgarkan SOP pemakaian pelitup muka.

 

Kata Menteri Kesihatan, pelitup muka dan penjarakan fizikal merupakan perisai untuk cegah penularan Covid-19 berlandaskan sains dan data.

 

sop pemakaian pelitup muka kekal

Sesiapa sahaja yang berada di negara ini, wajib pakai pelitup muka terutamanya ketika berada di tempat awam.

 

Dah nak masuk 2 tahun kita pakai pelitup muka, rasanya semua dah terbiasa dengan norma baru ni kan.

 

Tiada alasan untuk kita sengaja nak tinggalkan norma baru ni walaupun dah terima dos lengkap vaksin Covid-19.

sop pemakaian pelitup muka kekal

Ingat, kita masih boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain walaupun dah divaksin, ingat tu!

 

Ikutlah saranan KKM, sentiasa patuh SOP, #kitajagakita

 

Oleh Izzati Amir