SOP Baharu Solat Jumaat Di Selangor Bermula 21 Jan 2022

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat di Selangor, mulai 21 Jan 2022.

sop baharu solat jumaat di selangor bermula 21 jan 2022

Dalam satu kenyataan, Sultan Selangor berkenan bagi jarak antara jemaah dengan jemaah lain ditetapkan pada jarak 1.0 meter.

 

"Berikutan perkenan terkini Sultan Selangor, satu surat ketetapan mengenainya akan dikeluarkan dan diedarkan oleh jabatan ini kepada kesemua masjid dan surau terlibat dalam tempoh terdekat, untuk dilaksanakan pada hari Jumaat bertarikh 21 Jan 2022," kata Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

 

Ketetapan baru itu akan memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah Solat Fardu Jumaat di seluruh Selangor sehingga 35 peratus berbanding bilangan yang dibenarkan melalui ketetapan terakhir pada 1 Nov 2021 yang lalu.

 

Ia melibatkan 427 buah masjid dan 316 buah surau yang mendapat kebenaran Solat Jumaat, bermula Jumaat ini (21 Januari 2022).

 

Jemaah masih tertakluk kepada SOP standard seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal semasa di dalam dan diluar masjid/surau.

Sumber: [1]