Pelakon popular Korea Selatan, Song Ji-Hyo dikhabar sudah tiba di Malaysia sejak lewat malam semalam.
Ketibaan beliau disambut ratusan peminat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan telah dirakam serta dimuatnaik menerusi aplikasi Tiktok.
Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian peminat pelakon Running Man ini adalah aksi bersahaja Ji-Hyo yang cuba membantu salah seorang peminatnya yang terjatuh semasa menyaksikan ketibaannya di KLIA ini.
Ji-Hyo yang dilihat sedang dikawal ketat membantu peminatnya itu, sambil memberikan tanda tangan sebagai ucapan terima kasih.
“Song Ji-Hyo lari selamatkan peminat dia yang jatuh, walaupun waktu itu dia mesti penat enam jam perjalanan atas kapal terbang,” tulis pada kapsyen video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Ji-Hyo yang sangat baik hati, malah ada peminat yang mahu jatuh sama agar dapat dibantu oleh Ji-Hyo.
“Aww, tetiba rasa nak jatuh juga,” tulis peminat itu sambil berseloroh.
Ketibaan Ji-Hyo di Malaysia adalah untuk mempromosikan sebuah jenama kosmetik antarabangsa yang mana Ji-Hyo juga adalah duta kepada produk tersebut.
Sumber: Tiktok