‘‘Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya..’’, Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 36, telah disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19.

‘‘bidadari syurga saya pergi buat selamanya..’’, siti sarah meninggal dunia

Perkara itu dimaklumkan oleh suami beliau, Shuib, selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

‘‘bidadari syurga saya pergi buat selamanya..’’, siti sarah meninggal dunia

Siti Sarah pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak keempat pasangan itu ketika menerima rawatan.

 

Terdahulu, Shuib sekeluarga telah disahkan positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu, selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut. Siti Sarah kemudiannya dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigenya semakin tidak stabil.

 

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin.

 

Sumber: Astro AWANI