"Emosi Kak Ning Malam Tu Cukup Berat" - Siti Nurhaliza Puji Kekuatan Ning Baizura

Penyanyi ternama negara, Datuk Seri Nurhaliza mengaku kotak suara seorang penyanyi boleh terganggu, lagi-lagi jika melakukan persembahan tanpa henti iaitu selama empat hari berturut-turut.

emosi kak ning malam tu cukup berat - siti nurhaliza puji kekuatan ning baizura

“Merujuk kepada apa yang tular melibatkan Kak Ning Baizura, sebagai seorang penyanyi kadang-kadang kita gunakan semua tenaga vokal. Untuk empat malam, saya akui ada waktu kotak suara akan terganggu. Tak mustahil perkara itu boleh berlaku.

“Kita sedia maklum, emosi Kak Ning malam itu cukup berat. Kalau saya sendiri, mungkin akan berhenti dan rileks dulu. Kak Ning teruskan persembahan, dia memang kuat semangat,” kata pelantun lagu “Aku Bidadari Syurgamu” itu.

Pesan Siti buat rakan-rakan artis juga, mereka diminta bertenang serta tidak terlalu melayan kecaman daripada segelintir netizen di media sosial.

“Sekarang teknologi makin canggih, kekurangan itu orang akan senang nampak. Mereka senang meletakkan sesuatu anggapan tanpa tahu kesusahan dan kesukaran seseorang. Nyanyi tiga hingga empat malam, bukan senang.

“Kak Ning rileks ya. Jangan layan sangat. Kita tahu apa yang kita usahakan,” ujarnya.


Sumber: Utusan