Peminat Tumpang Gembira Siti Nurhaliza Beli Rumah Di Dubai, “Home Sweet Home..”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi berita gembira apabila kini membeli sebuah kediaman pertama di Dubai.

peminat tumpang gembira siti nurhaliza beli rumah di dubai, “home sweet home..”

Perkara itu turut disahkan oleh anak tirinya, Asyraf Khalid yang turut meluahkan rasa gembira atas kejayaan Mak Iti (panggilan untuk Siti).

 

Menurut Asyraf, kejayaan yang dimiliki ibu tirinya itu diharapkan dapat menjadi inspirasi dan pemangkin semangat buat dirinya dan isteri, Tya Ariffin untuk bekerja dengan lebih keras.

 

“Tahniah Mak Iti kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.

“Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya,” kata Asyraf daam satu hantaran di Instastory.

peminat tumpang gembira siti nurhaliza beli rumah di dubai, “home sweet home..”

Siti turut berkongsi beberapa video di Instagram Story yang mendedahkan rumahnya yang baru dibeli di Dubai. Malah, peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu atas usaha beliau selama ini yang membolehkannya membeli rumah tersebut.

peminat tumpang gembira siti nurhaliza beli rumah di dubai, “home sweet home..”

Kediaman jenis kondominium itu dipercayai terletak di The Address, Dubai Mall.

 

Hasil semakan di laman sesawang houza.com, nilai harga bagi satu unit apartment di sini bermula sekitar 2.4 juta AED atau bersamaan RM2.89 juta.

 

Sumber: Instagram