Siti Khadijah Lebih Selesa Diam, “Bila Terlalu Ramah, Orang Cakap Saya Annoying Pula”

Pelakon, Siti Khadijah Halim lebih selesa memilih untuk berdiam daripada terpalit dengan tuduhan yang tidak enak mengenai dirinya.

siti khadijah lebih selesa diam, “bila terlalu ramah, orang cakap saya annoying pula”

Menurutnya, adalah lebih baik untuk diam dan tidak banyak bercakap kerana enggan mencetuskan sebarang masalah lain kerana tersalah borak.

 

“Kadang-kadang duduk berseorangan, tiada drama dan tiada salah faham berlaku pun orang tetap cakap buruk pasal kita.

“Bagi saya kalau diam, tidak banyak cakap lagi bagus sebab enggan cetuskan masalah lain atau takut salah borak.

“Kalau bercakap lebih-lebih atau terlalu ramah orang akan cakap saya menjengkelkan pula,” katanya.

 

Tambah Siti Khadijah, beliau pernah melalui pengalaman pahit apabila dipulaukan rakan sekerja sewaktu awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

siti khadijah lebih selesa diam, “bila terlalu ramah, orang cakap saya annoying pula”

“Saya pernah dipulaukan semua orang termasuk kru dan artis ketika mula-mula menceburi bidang seni.

“Mungkin saya pernah buat sesuatu kepada orang sebelum ini secara tidak sedar walaupun tiada niat mahu pulaukan orang.

“Itu kitaran hidup yang tidak seronok. Tiada siapa yang mahu dipulaukan dan duduk sendirian,” jelasnya lagi.

 

Siti Khadijah dalam pada itu turut mempertahankan rakan industrinya, Sophia Albarakbah yang terpalit dakwaan dipulaukan orang sekeliling gara-gara isu penyondol/

 

Sumber: Kosmo!