Jika Alami Gejala Berikut Lepas Suntikan AstraZeneca, Sila Dapatkan Rawatan Segera

Malaysia sebelum ini telah menerima 268,800 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca melalui Fasiliti COVAX pada 24 April lalu, dan vaksin ini mula diberikan kepada orang ramai bermula hari ini, 5 Mei 2021.

jika alami gejala berikut lepas suntikan astrazeneca, sila dapatkan rawatan segera

Data-data klinikal di UK dan AS menunjukkan bahawa vaksin AstraZeneca adalah sangat berkesan terutamanya untuk mencegah jangkitan COVID-19 yang teruk, kes yang memerlukan kemasukan ward dan kematian.

jika alami gejala berikut lepas suntikan astrazeneca, sila dapatkan rawatan segera

Badan regulatori antarabangsa termasuk UK dan European Medicine Agency (EMA) juga mengesahkan vaksin tersebut sangat berkesan dan faedahnya dalam mencegah jangkitan COVID-19 adalah mengatasi risiko (benefit outweigh the risk) daripada pengambilan vaksin. Walaupun kejadian darah beku sangat jarang berlaku, serta mengambilkira faedahnya dalam mencegah jangkitan COVID-19 adalah mengatasi risiko daripada pengambilan vaksin, dengan pelaksanaan pemberian vaksin ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa memantau kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa rawatan segera akan diberikan jika kes tersebut benar-benar berlaku.

 

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan dan mengambil ingatan ini untuk sentiasa memantau tahap kesihatan mereka dan perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 4 hari hingga 4 minggu selepas menerima vaksin AstraZeneca, iaitu:

  1. Sakit kepala yang teruk tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit ataupun ianya semakin teruk;
  2. Sakit kepala semakin teruk apabila berbaring atau semasa membongkok;
  3. Sakit kepala luar biasa disertai dengan, pandangan kabur, Ioya dan muntah, sukar bertutur, Iemah, mengantuk atau sawan;
  4. Bintik-bintik kecil pada kulit, lebam atau berlaku pendarahan, dan
  5. Sukar bernafas, sakit dada, bengkak pada kaki atau sakit perut yang berterusan.

 

Pemeriksaan lanjut perlu dibuat untuk mengesahkan samada gejala yang ditunjukkan adalah disebabkan pembekuan darah oleh vaksin mahupun sebaliknya.

 

Dalam pekembangan lain, melalui fasiliti COVAX, KKM akan menerima 1 juta dos vaksin AstraZeneca lagi pada hujung Mei ini.

 

Sumber: KKM

 

ARTIKEL BERKAITAN