Sikh Izhan Tak Sabar ke Sepanyol

sikh izhan tak sabar ke sepanyol

Teruja! Itu perasaan yang boleh digambarkan Sikh Izhan Nazrel selepas menerima tawaran untuk jalani sesi ujian dengan sebuah kelab Sepanyol. Penjaga gol muda Selangor FC ini menarik perhatian CF Fuenlabrada yang beraksi dalam divisyen 2 Liga Sepanyol.

sikh izhan tak sabar ke sepanyol

Penjaga gol berusia 19 tahun ini sifatkan tawaran tersebut sebagai peluang untuknya beraksi di luar negara jika berjaya pamer prestasi cemerlang pada sesi ujian nanti. Jelas Sikh, motivasinya adalah untuk membuktikan bahawa pemain ASEAN mampu beraksi di Eropah sekaligus membuka peluang kepada pemain tempatan lain yang mempunyai impian untuk beraksi di luar negara.

sikh izhan tak sabar ke sepanyol

Sikh Izhan juga akui dia telah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. Kita semua tahu bukan mudah untuk pemain menyesuaikan diri dengan negara baru. Namun, penjaga gol skuad muda kebangsaan ini yakin dia mampu mengatasi kesemuanya termasuk masalah bahasa.

sikh izhan tak sabar ke sepanyol

Kalau nak berbicara tentang pengalaman beraksi di luar negara, Sikh Izhan adalah pemain yang sudah sertai banyak kejohanan. Dia merupakan batch pertama NFDP dan sejak berusia 10 tahun telah diberi pendedahan untuk beraksi di luar negara. Antara kejohanan yang disertai termasuk Iber Cup. Sepanjang beraksi di Eropah, Sikh Izhan telah dinobat sebagai penjaga gol terbaik dan kesebelasan terbaik dalam beberapa kejohanan di sana. Senang cerita, cuaca Eropah ni memang makanan dia lah.

sikh izhan tak sabar ke sepanyol

Pencapaian Sikh Izhan pada peringkat antarabangsa juga tidak kurang hebatnya. Dia pernah muncul naib juara kejohanan AFF Bawah 19 tahun pada 2019. Skuad muda negara tewas 0-1 kepada Australia pada aksi final kejohanan tersebut. Mungkin juga prestasinya bersama Selangor II musim ini yang menarik minat CF Fuenlabrada untuk memberi peluang kepada Sikh Izhan. Dia telah buat 12 penampilan dalam aksi Liga Premier musim ini dan mencatat 6 clean sheet. Penampilan pertamanya bersama skuad utama The Red Giants baru-baru ini menyaksikan mereka tumpaskan Kedah Darul Aman 4-2 di Alor Setar.

sikh izhan tak sabar ke sepanyol

Kepada mereka yang tak tahu, Sikh Izhan merupakan pemain batch pertama NFDP. Haa, dia dengan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi dengan kelab Belgium, KV Kortrijk. Antara perkara menarik berkenaan kedua-dua pemain ini ialah semangat dan keinginan mereka untuk beraksi di luar negara biar apa jua halangan yang bakal dihadapi. Mungkin ini antara DNA yang diterapkan oleh Lim Teong Kim ketika menjawat jawatan Pengarah Projek NFDP.

sikh izhan tak sabar ke sepanyol

Luqman Hakim kini sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Belgium dan seluruh rakyat Malaysia pastinya mendoakan kejayaan buatnya. Buat Sikh Izhan pula, jangan gentar dan buktikan kemampuan apabila menjalani sesi ujian nanti. Ingat, kegagalan sebenar ialah tidak mencuba. Semoga berjaya! Mana lah tahu satu hari nanti kesebelasan utama skuad kebangsaan kita dibarisi oleh pemain yang semuanya berpangkalan di luar negara.

*Eksklusif kepada Astro Radio News

 

Oleh: Karami Kamel