Siap Sedia Hadapi Peralihan Monsun Mulai Hari Ini

Orang ramai terutama penduduk yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi fasa peralihan monsun yang dijangka bermula hari ini, 14 Mac 2022.

 

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kejadian ribut dan petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat dijangka berlaku pada musim ini dan berterusan hingga pertengahan Mei depan.

siap sedia hadapi peralihan monsun mulai hari ini

"Sebagai persiapan, JPS sentiasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan semua infrastruktur berkenaan secara berkala supaya berfungsi dengan baik termasuk ban dan tebing sungai yang dipantau rapi untuk memastikan tindakan serta-merta dilaksanakan apabila berlakunya kejadian ban pecah atau tebing runtuh.

"Orang ramai juga diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga persekitaran supaya aliran sungai tidak terhalang," kata Ketua Pengarah JPS, Datuk Md Nasir Md Noh.

 

JPS juga turut melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) bagi meramal dan mengeluarkan amaran banjir untuk membantu pasukan penyelamat dan orang ramai bersiap menghadapi banjir yang kini telah pun beroperasi penuh di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 

Sumber: [1]