Shuib Tak Galak Anak-Anak Masuk Dunia Hiburan

Selebriti terkenal, Shuib Sepahtu mengaku bahawa dia enggan menggalakkan anak-anaknya untuk memasuki arena hiburan.

shuib tak galak anak-anak masuk dunia hiburan

Meskipun Shuib membina kehidupan menerusi dunia seni, terdahulu di samping arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, dia bagaimanapun tidak mahu melihat anak-anak mereka cenderung ke arah tersebut.

“Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis…saya tak cenderung untuk itu.

“Tapi Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya je lah kot. Untuk family.

“Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot,” katanya.

Shuib juga memiliki seorang lagi cahaya mata bongsu yang bernama Ayash Affan.

Shuib memulakan kerjayanya sebagai pelawak selepas menyertai program Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah, sementara Allahyarham Siti Sarah pula mengorak langkah sebagai penyanyi selepas menyertai program nyanyian Bintang RTM.

 

Sumber: [1]