Shuhada Terima ‘Hadiah’ Hari Jadi Lebih 10 Jahitan Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Minggu lalu, media sosial tanah air kecoh selepas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dirinya telah ditumbuk sebanyak tiga kali.

 

Susulan daripada insiden ditumbuk tiga kali oleh suaminya, Shuhada tampil membuat kenyataan sambil menyerahkan kes kepada pihak polis.

shuhada terima ‘hadiah’ hari jadi lebih 10 jahitan akibat ditumbuk hafidz roshdi

Kata Shuhada, parut kesan daripada lebih 10 jahitan itu adalah ‘hadiah’ hari jadinya yang ke-29 yang sepatutnya disambut pada 1 Mac lalu.

 

“Parut tetap parut kan. Inilah hadiah hari jadi ke 29 saya. Lebih 10 jahitan. Ini lebih sakit daripada melahirkan anak,” demikian menurut Shuhada.

shuhada terima ‘hadiah’ hari jadi lebih 10 jahitan akibat ditumbuk hafidz roshdi

Tambah Shuhada lagi, sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka, dia cukup tahu perangai Hafidz, namun enggan menjatuhkan maruah kerana beliau masih ada harga diri.

 

“Tujuh tahun kahwin, saya tahu perangai dia. Takkan saya mahu undang provokasi. Saya masih bercakap dengan baik. Saya tak akan jatuhkan maruah saya. Saya masih ada harga diri.

“Saya cuma mahu pertahankan diri dan anak-anak. Saya ini bukan artis. Cukuplah saya ditindas. Saya cuma mahu meneruskan ini demi kelangsungan hidup anak-anak yang masih kecil.

“Soal dia minta maaf atau tidak itu, biarlah Tuhan sahaja tahu. Susah nak cakap bab keikhlasan orang. Kita tak tahu, hari ini dia minta maaf esok akan buat lagi atau tidak,” katanya.

 

Dalam pada lain, Shuhada juga enggan menyimpan dendam dan nekad untuk tidak menoleh ke belakang demi anak-anaknya.

 

“Kalau dendam pun sampai bila. Sekarang, saya betul-betul mahu move on. Kehidupan saya sudah tertulis. Allah sudah tunjuk. Mula-mula curang, sekarang ini (ditumbuk).

“Sekiranya mereka (Hafidz dan orang ketiga) berkahwin, saya ucapkan selamat pengantin baharu. Semoga berbahagia hingga ke akhir usia,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

Sumber: Utusan