Pilih Untuk Berdamai, Shuhada Tarik Semula Kes Pukul Keatas Hafidz Roshdi

Nurul Shuhada menarik semula kes pukul yang difailkan sebelum ini keatas pelakon Hafidz Roshdi baru-baru ini. 

Kedua-dua peguam masing-masing juga turut bersetuju untuk berdamai secara baik. 

“Alhamdulilah saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini.

“Tiada sebarang isu atau provokasi daripada mana-mana pihak sebab kami setuju berdamai secara baik,” katanya. 

Dalam prosiding, Hafidz diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya menerima laporan Shuhada menarik balik kes pada 6 Julai lalu.

“Laporan itu telah diterima dan akan dinilai oleh Pengarah Pendakwaan Negeri untuk mendapatkan pengesahan.

“Pihak pengawai penyiasat juga akan membuat siasatan bahawa tiada unsur provokasi dan pada masa sama Shuhada memilih untuk menyelesaikan kes tersebut secara baik,” tambahnya.

Sumber: Kosmo