Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengakui sudah beberapa bulan tidak menyediakan juadah sambal sotong kerana bimbang tidak ‘kuat’ menanggung perasaan sedih.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Shuhada Mat Shukri, ini adalah kerana hidangan sambal sotong adalah lauk kegemaran bekas suaminya itu.
“Selepas sembilan bulan baru boleh masak hidangan ini (sambal sotong) kerana ini adalah makanan kegemaran dia (Haifdz) yang saya masak.
“Bukan apa, takut nanti kalau saya masak ada perisa air mata pula.
“Sekarang, kalau awak semua nak suruh saya masak katering sambal sotong pun boleh,” katanya.
Bagaimanapun Shuhada mengakui kini sudah berada dalam fasa hidup baharu tanpa perlu mengejar cinta manusia.
“Bukan mahu cakap besar sudah berdamai dengan masa lalu tetapi nak beritahu yang Allah Maha Hebat. Dia maha membolak balikkan hati manusia.
“Hari ini awak sayang dia, esok belum tentu lagi. Jadi, tidak perlu nak kejar cinta. Jom, kejar cinta Allah,” katanya.
Terdahulu, Hafidz dilapor menceraikan Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada Februari lalu.
Pasangan itu telah dikurnia dua orang cahaya mata iaitu Humaiirah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Sumber: Utusan