ShopBack Lancar ShopBack ShopFest!

shopback lancar shopback shopfest!

Zaman sekarang ni semua benda dihujung jari. Kalau malas keluar shopping, boleh shopping online je kan?

Tapi masalahnya, bila dah terlalu banyak platform online shopping, macam mana pula kita nak tahu tawaran terbaik dari semua platform yang ada. Ye tak?

shopback lancar shopback shopfest!

Terbaru, ShopBack telah melancarkan ShopBack ShopFest yang merupakan festival beli-belah dalam talian terbesar di Asia Pasifik melibatkan acara-acara utama seperti 9.9, #MYCYBERSALE, 11.11, Black Friday & Cyber Monday, 12.12 dan Krismas & Jualan Murah Tahun Baru.

Platform-platform e-dagang popular seperti Agoda, Booking.com, Lazada, KLOOK, Shopee, Taobao, ZALORA dan lain-lain akan memberikan diskaun sehingga 80% pada setiap enam jualan murah tahun ini. Selain itu, terdapat juga tambahan sehingga 30% pulangan tunai dan baucar untuk pengguna ShopBack.

Bermula 6 September 2019, ShopBack akan melancarkan festival menerusi dua permainan di aplikasi dan dalam talian – Voucher Hunt dan Coin Monster. Para pengguna boleh menyertai Voucher Hunt bermula 6 hingga 9 September menerusi aplikasi ShopBack atau menyertai Coin Monster di laman Facebook ShopBack Malaysia bermula 9 hingga 15 September.

Dengan ShopBack ShopFest, semua promosi di hujung jari!

Untuk info lanjut, layari shopback atau muat turun aplikasi Shopback untuk iOS dan Play Store.