Penyanyi Shila Amzah akui tidak ada perancangan untuk menambah anak lagi untuk memberi fokus penuh buat membesarkan dua anaknya.
Namun, jika diberi rezeki untuk hamil, Shila berpendapat untuk meletakkan jarak selama tiga tahun.
“Saya mahu anak-anak dapat 100 peratus perhatian. Tambahan saya pernah menjalani pembedahan untuk kedua-dua kelahiran.
“Bagi kelahiran seterusnya, saya kena tunggu lagi tiga tahun untuk hamil.
“Dalam masa tiga tahun, umur saya sudah memasuki 37 tahun. Ini sangat berisiko buat saya untuk memiliki anak disebabkan sebelum ini pun lahir secara pembedahan,” katanya dalam InstaStory.
“Jadi, cukuplah sebab sudah ada sepasang,” jelasnya lagi.
Shila menjelaskan perkara tersebut selepas menerima soalan daripada peminat mengenai hasrat Shila mahu tutup kilang.
Sumber: Kosmo