Shila Amzah Risau Anak Mula Berubah Sikap Lepas Hantar Ke Sekolah

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa bimbang melihat perubahan sikap dan tingkah laku anak sulungnya, Seth Uwais selepas dia dihantar ke sekolah.

shila amzah risau anak mula berubah sikap lepas hantar ke sekolah

Menurut Shila, 34, anaknya yang sebelum ini sopan santun tiba-tiba kini mula menunjukkan perubahan sikap seperti menjerit kerana tidak mahu sesuatu.

 

“Adakah normal apabila hantar anak ke sekolah, tiba-tiba anak itu jadi lain (berubah sikap)? Seth jadi lain. Contohnya, semalam dia buat perangai apabila dia menjerit kerana tidak mahu sesuatu.

“Dia tidak begitu sebelum dihantar ke sekolah. Jadi saya rasa tidak seronok. Selepas hantar ke sekolah, jadi begini pula,” kata Shila dalam sesi live di Instagram, semalam.

 

Tambah pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah itu lagi, anaknya yang kini berusia 5 tahun juga sudah pandai merajuk dan tidak lagi meminta maaf selepas melakukan kesalahan.

shila amzah risau anak mula berubah sikap lepas hantar ke sekolah

“Dia suka merajuk dan ego untuk meminta maaf. Bila dihantar ke sekolah, tidak tahu perangai siapa yang dia ikut.

“Jadi apa yang perlu saya buat? Saya jadi stres dengan perkara ini sebab rasa tak seronok. Seth seorang anak yang ‘sweet’.

“Sebelum ini dia selalu cakap terima kasih, cakap elok-elok. Tapi selepas dihantar ke sekolah?” luah Shila.

 

Shila yang akui risau dengan perubahan ini berkata beliau tidak boleh berhenti berfikir mengenainya.

 

“Saya tidak boleh berhenti daripada berfikir. Mungkin saya salah mengajar anak selama ini. Sebab saya seorang ibu yang terlalu lembut.

“Saya tidak mendidik anak dengan cara yang kasar, sebab saya tidak suka mendidik dengan cara begitu. Saya tidak mahu Seth menjadi seorang anak yang kasar.

“Sebab sebelum dihantar ke sekolah, alhamdulillah saya sudah mendidik Seth sehingga boleh membaca, kenal abjad dan nombor. Jadi perubahan sikapnya membuatkan saya risau,” kata Shila.

shila amzah risau anak mula berubah sikap lepas hantar ke sekolah

Sekadar info, Shila kini merupakan isteri kepada pempengaruh, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, dan kini sedang sarat hamil.

 

Sumber: HIBGlam