Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah berkongsi mengenai satu mimpi aneh yang mana suaminya, Ubai, telah diganggu seorang wanita.
Menurut Shila, wajah wanita itu masuk ke dalam mimpinya kerana gosip mengenainya terlalu kerap muncul.
“Banyak sangat gosip pelakon perempuan ini hingga dia termasuk dalam mimpi sudah dua kali, kacau Ubai. Sudahlah mood tidak baik bila bangun pagi.
“Semalam (beberapa hari lalu) nampak dia di stadium, mimpi lagi. Terlalu ‘real’. Anda pernah macam ini tak?” kongsi Shila.
Perkongsian itu nyata menarik perhatian netizen, hingga ada yang memetik nama pelakon wanita, Sophia Albarakbah.
Sophia bagaimanapun tidak melatah dengan tuduhan yang dilemparkan netizen dan berkata beliau tidak perlu membuat komen dan ulasan kerana ia tiada kena mengena dengan dirinya.
“Saya rasa tidak perlu komen tentang isu itu kerana tidak ada kena mengena dengan saya.
"Netizen tahu ya dia (Shila) mimpi siapa (ketawa). Hebat netizen kita,” kata beliau.
Sumber: Kosmo!, HMetro