‘Jadi Ibu Tunggal Tak Mudah Tapi…’ - Tapi Shila Amzah Jelas Sebab Sebenar Masuk GV9

Penyanyi Shila Amzah menegaskan penyertaannya di dalam program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) adalah bukan kerana wang ringgit.

‘jadi ibu tunggal tak mudah tapi…’ - tapi shila amzah jelas sebab sebenar masuk gv9

Menurutnya, sebab utama dia bersetuju untuk berentap dalam program itu adalah atas dasar minat.

“Saya tidak menafikan apabila bila bergelar ibu tunggal banyak perkara yang saya perlu titik beratkan, misalnya dalam soal kewangan. Saya tidak nafikan. Di bahu saya terdapat banyak benda yang saya perlu fikirkan juga.

“Jadi ibu tunggal bagi saya bukan hal yang mudah. Akan tetapi kalau nak dikatakan seratus peratus sebab saya sertai GV9 kerana hal kewangan tidaklah tepat. Sebab saya setuju sertainya pun atas dasar minat.

“Saya benar-benar mahu berkarya supaya mudah-mudahkan selepas peminat nampak sisi lain saya. Siapa tahu mungkin akan ada peluang lain lagi untuk saya di luar sana selepas ini insyaAllah,” ujarnya.

 

Sumber: MH