Minggu lalu, pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) telah digamatkan dengan penampilan dua pengacara wanita iaitu Elly Mazlein dan juga Sherry Alhadad.
Kehadiran Sherry Alhadad yang ditugaskan untuk menggantikan Nabil Ahmad pada konsert malam itu nampaknya telah menerima pujian ramai penonton.
Sherry Alhadad dalam satu temubual mengakui senang untuk bekerjasama dengan Elly Mazlein, memandangkan mereka sebelum ini pernah juga berbandingan dalam satu minggu di pentas Big Stage.
Mengulas lanjut, Sherry berkata memandangkan mereka sama-sama pengacara wanita, mereka telah duduk sekali berbincang sebelum melakukan sesuatu dipentas.
“Kami sama-sama pengacara wanita, kalau lelaki dan perempuan di atas pentas mungkin ‘vibe’ itu akan menjadi lain. Jadi kami perlu berjaga-jaga juga, tak boleh nak melebih sangat. Seiring dengan tema.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tambah pula ia minggu kerohanian. Takut kalau kita terlebih, bahaya juga,” katanya kepada MH.
Sherry dalam pada lain tidak menafikan gemuruh untuk mengedalikan GV buat pertama kali.
“Saya takut. Malah ketika pihak produksi hubungi pada Jumaat, im so afraid. Sebab saya tahu, di Big Stage penontonnya berbeza begitu juga dengan GV.
“Bila dapat tahu ujian yang menimpa Nabil saya turut sama terkejut dan menyambut pelawaan produksi. Elly menghubungi saya selepas itu dan dia beri kata semangat untuk saya kendalikan GV9 bersamanya,” katanya lagi.
Sumber: MH