Shaza Bae Terlibat Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk

Pelakon Shaza Bae terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan baru-baru ini.

Menurut Shaza, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 9.59 malam tersebut berpunca daripada sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu seorang pemandu mabuk.

“Waktu itu saya baru pulang daripada menjalankan penggambaran. Ada sebuah kerete Ford melanggar Axia di hadapan kami sehingga menyebabkannya berpusing dan melanggar kereta pemandu peribadi saya.

“Ada empat buat kereta lagi yang terlibat semasa kemalangan malam tadi. Kami juga belum tahu status terkini wanita hamil yang memandu kereta Axia.

“Pemandu kereta Ford itu mabuk. Saya boleh mati dalam kemalangan malam tadi tetapi Allah Maha Pelindung,” katanya. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_)

 

Dalam pada itu, Shaza juga sempat menasihatkan kepada orang ramai agar tidak memandu dalam keadaan mabuk. 

“Pengajaran daripada insiden ini, jangan memandu dalam keadaan mabuk. Memandulah dalam had laju yang ditetapkan.

“Jangan disebabkan kecuaian anda, membunuh nyawa orang lain yang tidak bersalah,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo