Kini Giliran Sharifah Sakinah Pula Luah Rasa Kecewa Terhadap Nad Zainal

Selepas Nabila Huda membuat komen merujuk kepada video mengenai hubungan persahabatan bersama pelakon, Nad Zainal, kini giliran seorang lagi kawan baiknya iaitu Sharifah Sakinah pula bersuara.

kini giliran sharifah sakinah pula luah rasa kecewa terhadap nad zainal

Menerusi hantaran ringkas di Instagram, pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini dilihat kecewa dengan apa yang berlaku kepada hubungan persahabatannya bersama Nad Zainal selama ini.

 

“Dah boleh delete kot post Ini. Saya jumpa Awak di alam lain 🖤, di situ tiada radar.

“Say words from the heart, put your feet on the ground. Your narcissistic thoughts, fake words and in denial action will become your destiny,” tulis Sakinah.

kini giliran sharifah sakinah pula luah rasa kecewa terhadap nad zainal

Hantaran itu turut mendapat perhatian seorang lagi kawan baik mereka iaitu Marsha Milan.

 

Terdahulu, Nad Zainal membuat kenyataan yang beliau enggan lagi mengambil kisah dan mengusutkan pemikirannya dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.

“maaf tanya, siapa ni?,” komen nabila huda pada video nad zainal raih perhatian

Selain Nabila Huda, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan, seorang lagi selebriti yang terkait dengan isu ini adalah Sherry Alhadad.

 

Sumber: Instagram