Pelakon, Sharifah Sakinah berang dan kecewa dengan sikap melampau netizen yang menjadikan anaknya sebagai sasaran bahan ejekan serta kecaman.
Menerusi hantaran terbaharu, Sakinah meluahkan rasa tidak tahan dengan tindakan netizen yang tidak beradab mengeji anaknya, Anais.
Malah, Sakinah turut tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang pada mereka yang masih melakukan perkara itu kepadanya.
“Sangat mengecewakan apabila melihat anak saya menjadi mangsa buli.
“Mengambil kira ini adalah amaran terakhir, saya akan mengambil tindakan undang-undang demi untuk melindungi keluarga,” katanya.
Terdahulu, ada netizen yang dilihat mengejek fizikal anaknya itu kerana mempunyai rambut afro.
Sumber: Instagram