Dah Bertudung Sejak Usia 15 Tahun, Sharifah Rose Tak Terfikir Kembali ‘Free Hair’

Pelakon dan pempengaruh, Sharifah Rose mengakui dirinya belum cukup sempurna dalam mengenakan hijab.

dah bertudung sejak usia 15 tahun, sharifah rose tak terfikir kembali ‘free hair’

Malah kata pemilik nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini, beliau akui tidak mudah untuk kekal istiqamah berhijab apabila mencebur diri dalam bidang fesyen dan hiburan, namun memohon orang ramai mendoakannya supaya kekal bertudung dan menutup aurat.

 

"Ia memang cabaran bagi setiap selebriti untuk terus kekal istiqamah berhijab dan kita juga perlu perlu kuat pendirian serta berada dalam persekitaran orang yang baik-baik juga," katanya.

 

Beliau berkata lagi, hatinya tidak pernah terfikir untuk menanggalkan hijab yang sudah dipakainya sejak dari usia 15 tahun.

 

"Saya tidak pernah terfikir untuk buka tudung kerana sudah memakainya dari zaman persekolahan sehinggalah terbabit dalam dunia 'modelling' dan lakonan.

"Pada masa sama, saya sentiasa ingat pesanan emak supaya terus kekal pakai tudung sampai bila-bila pun walaupun kita belum sempurna lagi menutup aurat," katanya.

dah bertudung sejak usia 15 tahun, sharifah rose tak terfikir kembali ‘free hair’

Mengulas mengenai tindakan rakan selebriti yang mula menanggalkan hijab, Rose berkata dia tiada hak untuk menilai tindakan orang lain.

 

"Berhijab ini sebenarnya adalah urusan peribadi kita dengan Allah S.W.T.

"Pada pandangan saya, tidak semestinya mereka yang tidak berhijab itu tidak baik dan saya juga tidak mahu tanggung dosa orang lain dengan menilai mereka pula.

"Setiap kali nampak rakan artis buka hijab, saya sentiasa berdoa dalam hati semoga terus ditingkatkan lagi iman," katanya.

 

Sumber: HMetro