Shalma Eliana Dedah Alami Kemurungan Melampau, “Hanya Mampu Nangis, Tak Boleh Buat Apa-Apa,”

Penyanyi, Shalma Eliana mendedahkan dirinya mengalami masalah kemurungan yang melampau hingga hilang selera makan dan tidak mampu fokus melakukan apa-apa perkara dalam hidupnya.

shalma eliana dedah alami kemurungan melampau, “hanya mampu nangis, tak boleh buat apa-apa,”

Menurut Shalma, 23, masalah itu dialami ketika berada di United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran dan ia membuatkan dirinya sukar untuk berfikiran positif.

 

“Saya alami kemurungan yang agak melampau, mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik namun saya gagal. Hanya mampu menangis. Tak boleh makan, tak boleh fokus apa-apa, tak tahu macam mana nak jadi positif lagi di sini.

“Saya buang semua individu toksik dari hidup saya demi ketenteraman hati. Tapi kemudiannya saya rasa sangat sunyi. Tiada siapa dapat diharapkan kecuali diri sendiri.

“Ternyata, menganjak dewasa ini sangat berat. Saya sedang mencuba sehabis daya untuk belajar hidup berdikari supaya boleh membanggakan diri dan keluarga. Tetapi, saya juga berperang dengan diri sendiri dan selalu berasa apa yang saya buat masih tak cukup,” katanya.

 

Menerusi video di Instagram, Shalma berkongsi perkara itu dengan memaparkan keadaan dirinya, dipercayai sepanjang berada di UK.

shalma eliana dedah alami kemurungan melampau, “hanya mampu nangis, tak boleh buat apa-apa,”

Tambah Shalma, kemurungan yang dialami menyebabkan ada ketika dia sendiri tidak faham apa yang sedang dilaluinya.

 

“Malah, kadangkala saya sendiri jadi tak faham mengapa saya menangis. Ia satu daripada fasa dalam hidup yang saya perlu hadapi dan saya tahu, lambat laun saya pasti boleh menanganinya, sikit sahaja lagi,” katanya.

shalma eliana dedah alami kemurungan melampau, “hanya mampu nangis, tak boleh buat apa-apa,”

Dalam pada itu, beliau turut menghargai sokongan peminat yang memberi makna besar buat dirinya dalam menghasilkan karya.

 

“Muzik yang saya hasilkan, sangat bermakna buat diri saya. Setiap sokongan peminat juga memberi makna besar buat saya.

“Adakalanya, ia adalah apa yang memberikan saya kekuatan untuk meneruskan apa yang dilakukan. Terima kasih semua untuk segalanya,” katanya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by YANA (@shalmaeliana)

 

Untuk info, Shalma merupakan adik bongsi kepada pengacara dan usahawan, Shalma Ainaa. Shalma sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi menerusi percintaannya bersama penyanyi, Ismail Izzani sekitar 2018, sebelum umum berpisah pada 2021.

 

Sumber: Instagram