Shahir Selamat Bertunang, Belum Sedia Dedah Namanya

Penyanyi, Shahir Zawawi mendedahkan telahpun selamat menjadi tunangan kepada seorang wanita dari Tawau, Sabah, pada tengah hari semalam, 16 Julai 2022.

shahir selamat bertunang, belum sedia dedah namanya

Menurut pelantun lagu Dia Yang Kau Pilih itu, majlis pertunangan berlangsung secara ringkas di kediaman wanita itu di Tawau dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.

.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Majlis berlangsung selepas Zuhur. Dari pihak keluarga saya, ada enam orang yang hadir. Mengenai nama dan siapa orangnya, nanti saya akan kongsikan bila saya dah bersedia. Buat masa sekarang, biarlah rahsia," katanya.

.

Menurut Shahir lagi, tunangnya itu mempunyai sifat lemah lembut dan beberapa karakter lain yang membuatkannya tertarik untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.

.

Shahir turut berkata jika ada rezeki beliau tidak mahu menunggu lama untuk berkahwin dengan pilihan hatinya itu.

.

"Majlis pertunangan ini adalah untuk mengikut adat sebab masing-masing nak merasa pengalaman bertunang. Apa yang boleh saya kongsikan, kami tak rancang untuk menunggu lama dan kalau ada rezeki, kami akan berkahwin tidak lama lagi," katanya.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN