Tiga Pendaki Ditemui Di Gunung Panti, Kota Tinggi Selepas Sesat 5 Jam

Tiga pendaki berjaya ditemui di kawasan hutan di Gunung Panti, Bukit Tinggi, Johor selepas lima jam sesat di kawasan tersebut.

tiga pendaki ditemui di gunung panti, kota tinggi selepas sesat 5 jam

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan II Nasrul Jalil, ketiga-tiga pendaki tersebut ditemui sekitar jam 10 malam pada 31 Ogos lalu.

Beliau berkata kira-kira 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat selepas pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.53 petang.

Tambahnya, operasi terbabit turut melibatkan 12 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tujuh anggota dari Jabatan Perhutanan.

Mangsa dipercayai memulakan perjalanan mendaki mereka pada jam 7 pagi tanpa kumpulan lain.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang dianggarkan berusia awal 20-an sesat di gunung tersebut.

“PKO bertindak membuat pencarian bersama bantuan agensi lain dengan kaedah mengesan lokasi yang telah diberikan oleh mangsa melalui aplikasi Whatsapp.

“Kesemua mangsa kemudian berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat pada lebih kurang pukul 10 malam pada jarak 300 meter dari checkpoint kedua (RAF Point) Gunung Panti,” jelasnya.


Sumber: HMetro