Sering Dihimpit Kontroversi, Kebahagiaan Neelofa & Suami Tidak Tergugat

Biarpun sering dihimpit dengan kontroversi, usahawan selebriti, Neelofa akui bahawa perkara tersebut sedikit pun tidak menggugat hubungan suami isterinya dengan pasangan PU Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail.

sering dihimpit kontroversi, kebahagiaan neelofa & suami tidak tergugat

“Alhamdulillah, baru saja beberapa minggu berkahwin, walaupun keadaan boleh dikatakan tegang, namun ia tidak memberi kesan kepada kebahagiaan kami.

“Kami adalah satu pasukan dan selalu berbincang mengenai apa yang patut dan tidak dilakukan. Untuk bahagian itu, Alhamdulillah,” ujarnya kepada satu akhbar tempatan.

Neelofa juga tidak berkata lebih-lebih apabila diminta mengulas isu berkenaan rentas negeri bersama suami ke Langkawi baru-baru ini yang telah menimbulkan amarah dalam kalangan warga netizen.

Katanya, “Saya tak nak komen banyak. Suami pesan, janganlah panjang-panjangkan.”

Tambah Neelofa lagi, suaminya tidak berada di samping itu kerana bapa saudaranya baru sahaja meninggal dunia pada minggu lalu.

Dalam perkembangan lain, Neelofa melancarkan program Infaq Kasih Neelofa yang bertujuan menjadi platform untuk memberi galakan kepada orang ramai

Dalam perkembangan lain, usahawan selebriti itu baru sahaja melancarkan program Infaq Kasih Neelofa yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menderma selain melakukan infaq.

“Genap setahun Pertubuhan Kasih Neelofa ditubuhkan, kali ini kami hadirkan beberapa variasi supaya orang ramai dapat memberi bantuan dan menderma,” kongsinya.

 

Sumber: [1]