Separuh Gaji Nabila Huda Belanja Beli Baju Shooting [Video]

Pelakon, Nabila Huda sanggup membelanjakan separuh daripada bayaran lakonannya untuk membeli pakaian serta aksesori bagi keperluan penggambaran.

separuh gaji nabila huda belanja beli baju shooting [video]

Menurut aktres berusia 38 tahun itu, rutin berkenaan sudah dipraktikkan sejak 15 tahun lalu, namun bajet persalinan bagi setiap drama atau filem yang digunakan adalah bergantung kepada gaji diterima.

 

“Ini adalah amalan yang saya buat sebagai pelakon sejak 2008. Saya akan belanjakan wang pendapatan dengan membeli pakaian untuk watak dalam televisyen.

“Selalunya saya akan habiskan 50 peratus daripadanya, bergantung kepada jumlah bayaran yang diterima bagi setiap projek. Saya ada bajet sendiri.

“Kalau produksi tak boleh ikut permintaan, saya akan minta mereka carikan pakaian dan saya fokus pada persembahan lakonan sahaja,” katanya dalam perkongsian Instagram.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

Tambah lagi, beliau tidak meletakkan harga bayaran yang tinggi namun lebih berkira soal modal pakaian.

 

“Saya bukan seorang yang ‘demand’ gaji terlampau mahal tapi kedekut nak keluar duit atau mengharapkan semua disediakan pihak produksi mengikut cita rasa sendiri yang lebih kepada peribadi bukan sebab watak dalam drama itu.

“Selain itu saya juga akan buat breakdown konti dan tentukan baju apa yang akan dipakai. Saya pilih dan susun ikut babak.

“Bukan senang nak berlakon drama. Kena berbelanja sikit untuk nampak bagus,” ujarnya lagi.

 

Sumber: Instagram