Ini Cara Pelanggan Astro Boleh Menang Tiket ke Sepahtu Reunion Live Tour!

Menjadi antara program sitkom komedi yang mempunyai ramai peminat, Sepahtu Reunion Live bakal melakukan jelajah buat pertama kali selepas hampir sedekad bergiat aktif dalam persembahan sketsa.

 

Kumpulan SEPAHTU yang kini dianggotai oleh Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus bakal menjelajah tiga buah negeri untuk Sepahtu Reunion Live TOUR yang akan berlangsung bermula 14 Oktober ini.

ini cara pelanggan astro boleh menang tiket ke sepahtu reunion live tour!

Masih mengekalkan konsep asal berbentuk sitkom komedi, penjelajahan ini dibuat juga bagi mendekati para peminat setia rancangan tersebut.

 

Penjelajahan ini merangkumi enam persembahan yang akan diadakan di tiga buah negeri. Lokasi pertama akan dilakukan di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober. Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan disambung di Gong Badak, Terengganu pada 28 Oktober dan 4 November. Penjelajahan ini akan berakhir di Sultan Abdul Halim, Kedah pada 11 dan 18 November.

 

Antara tarikan utama rancangan ini adalah penampilan rakan-rakan selebriti dalam setiap sketsa yang juga akan mengikuti bersama dalam jelajah ini seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose, Fouziah Gous, Afifah Nasir dan ramai lagi tetamu-tetamu undangan misteri yang akan membuat kemunculan.

ini cara pelanggan astro boleh menang tiket ke sepahtu reunion live tour!

Selain persembahan sketsa, Sepahtu Reunion Live TOUR juga bakal mengadakan ‘Live Audience Award’ yang akan melibatkan para penonton dalam kategori-kategori yang berbeza termasuk pemilihan Best Dress of the Week dan The Most Happening Audience of the Week. Malah, SEPAHTU juga akan mencari bakat-bakat baharu di lokasi-lokasi terbabit dengan pemilihan The Best ‘Bakat Tempatan’ di kalangan penonton yang mempunyai personaliti menghiburkan dan kelakar.

 

Ekslusif buat para pelanggan Astro, mereka boleh memenangi lima tiket dengan menjawab tiga soalan yang mudah di laman sesawang Astro Rewards iaitu https://rewards.astro.com.my/bm/details/sepahtu.

 

Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di setiap negeri yang terlibat. Para peminat di setiap negeri yang ingin menonton SEPAHTU secara LIVE boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga RM50 (Zone 1), RM40 (Zone 2), RM30 (Zone 3) dan RM20 (UPPER Tier