Doktor Malaysia Dapat Biasiswa Penuh Daripada Oxford University

doktor malaysia dapat biasiswa penuh daripada oxford university

Seorang doktor dari Sabah, Dr Giri Shan Rajahram yang pakar dalam bidang penyakit berjangkit telah menerima biasiswa daripada sebuah university berprestij dunia.

Beliau menerima Oxford-Weidenfeld and Hoffmann Scholarships and Leadership Programme yan merupakan satu biasiswa yang sangat kompetetif.

Biasiswa ini dianugerahkan kepada mereka yang mempunyai pencapaian yang luar biasa dan berasal daripada  negara membangun. Jadi, dengan adanya biasiswa ini dapatlah mereka berjasa untuk negara mereka satu hari nanti.

Dr Giri berjaya memperoleh tempat untuk belajar tentang perubatan Tropikal dan Kesihatan Antarabangsa. Beliau bertekad untuk menyambung pelajaran dalam bidang itu kerana dia percaya bahawa penyakit berjangkit boleh menjadi ancaman kepada masa depan.

Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut mengucapkan tahniah kepada Dr Giri atas kejayannya.

Wow, power lah Dr. Giri! Diharapkan kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia.