Seniman Nasihat Artis Yang Dipetik Sarah Yasmine Lapor Polis

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan kepada selebriti yang terpalit kontroversi Aliff Aziz untuk tampil membuat laporan polis. 

Menurut Presiden Seniman Zed Zaidi dan Setiausaha Agungnya, Mohd. Hafiz Mohd. Nafiah dalam kenyataan bekata, kepada individu yang terpalit isu Sarah Yasmine perlu membuat aduan suapaya kemelut seperti ini tidak mencemarkan nama baik industri hiburan. 

“Seniman menggesa agar pihak-pihak yang mana terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan.

“Seniman juga mengingatkan semua pihak untuk tidak polemikkan isu ini dan hentikan segera perbalahan, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu dalam media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Hafiz juga turut menggesa Sarah Yasmine untuk menyelesaikan apa sahaja maklumat yang disifatkan peribadi secara tertutup. 

Hal ini untuk mengelakkan dia membuka aib mana-mana individu selain untuk menghormati isu perkahwinan Aliff dan Bella. 

“Isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah juga dianggap isu peribadi. Kami menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup dan hentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Kami juga berharap isu rumah tangga Aliff dan Bella biarlah mereka selesaikan sendiri tanpa perlu ada orang yang tiada kaitan mencampuri urusan mereka,” tegasnya. 

Sumber: Kosmo