‘Tak Perlu Berdendam’ - Alyph Akui Ikut Nasihat Arwah Ibu Hidup Kini Lebih Tenang

Penyanyi rap Alyph akui berpegang teguh kepada pesanan arwah ibunya untuk tidak berdendam dan memaafkan semua orang. 

Menurut Alyph, pesanan ibunya yang dipegang sehingga ke hari ini telah membuatkan dirinya lebih tenang 

“Nasihat arwah ibu yang paling saya ingat ialah walau apapun orang buat pada kita, cubalah untuk memaafkan, hidup kita akan tenang.

“Kiranya jangan simpan dendam atau pernah berperasaan sedemikian terhadap sesiapa.

“Perkataan justice (adil) yang kita perjuangkan itu pada akhirnya akan menyakitkan hati sekiranya  kita tak dapat kepuasan dalam melakukan perkara itu,” katanya. 

Dalam pada itu, Alyph juga berkata kita tidak wajar mendoakan balasan buruk berlaku kepada insan lain, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

“Kita perlu percaya kepada Tuhan dan cuba untuk maafkan orang yang sakiti kita.

“Pada masa sama, kita pun tidak boleh mendoakan yang buruk-buruk terhadap individu tersebut.

“Paling penting adalah fokuskan diri. Tengoklah, seiring masa berlalu, benda-benda pelik (balasan) akan jadi dengan sendirinya,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo