Penyanyi tersohor yang sinonim dengan irama tradisional, Noraniza Idris, mengejutkan ramai apabila mendedahkan kisah perjuangan peribadi yang cukup menyayat hati di Podcast Confession Bilik Gelap baru-baru ini. Beliau tampil jujur berkongsi pengalaman bergelut dengan tekanan perasaan sehingga pernah cuba menamatkan riwayat hidupnya.
Dalam suasana yang tenang dan penuh empati, beliau menceritakan bagaimana tekanan demi tekanan yang dihadapi dalam hidup membuatkan dirinya hampir tenggelam dalam kegelapan.
Noraniza akui pernah menelan beberapa biji pil Panadol sebagai jalan mudah untuk tidur dan itu adalah sebuah frasa yang cukup menggambarkan tekanan yang dialaminya ketika itu.
Namun dalam kegelapan itu, sinar harapan muncul melalui kehadiran insan yang tidak jemu memberi sokongan iaitu suaminya. Dalam podcast ini, Noraniza mendedahkan bagaimana suaminya menjadi tonggak kekuatan yang membantu beliau keluar daripada episod gelap itu. Dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, suaminya membantu beliau kembali menenangkan diri dan bangkit semula sebagai seorang wanita dan artis yang lebih kuat.
Noraniza Idris bukan hanya seorang penyanyi lagenda, tetapi kini juga menjadi suara bagi mereka yang sedang bertarung dalam diam.
Saksikan episod penuh podcast Confession Bilik Gelap bersama Noraniza Idris, hanya di SYOK!