Peminat setia Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal menyaksikan sebuah persembahan muzik yang memukau menerusi Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars secara langsung! Raikan tiga dekad kegemilangan bersama biduanita negara dalam malam penuh magis yang bakal menggegarkan pentas dengan vokal bertenaga, rangkaian lagu ikonik, dan produksi bertaraf dunia.
Arena of Stars, Resorts World Genting bakal menjadi saksi kepada kemunculan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 5 dan 6 Julai 2025, jam 8:30 malam. Konsert bersejarah ini menandakan satu lagi pencapaian gemilang selepas kejayaan dua persembahan yang laris tahun lalu. Dikenali dengan vokal memukau, aura pentas yang menawan, serta pesonanya yang mampu memikat hati peminat merentas generasi, beliau bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan seni menerusi rangkaian lagu popular yang telah mengukir sejarah dalam industri muzik tanah air.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bintang tersohor Asia Tenggara, telah menawan jutaan hati dengan bakat luar biasa, dedikasi tanpa henti dan karya seni yang terus mekar sepanjang zaman. Sempena ulang tahun ke-30 dalam industri, konsert mega ini bakal menjadi pentas berprestij yang meraikan legasi kegemilang beliau menyatukan peminat setia dan generasi baharu dalam satu malam penuh nostalgia dan kemegahan muzik.

Tiket untuk Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars bakal menjadi acara yang dinanti-nantikan. Tiket akan mula dijual secara rasmi pada 30 April 2025, jam 3.00 petang. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini dan saksikan persembahan eksklusif yang pasti memukau! Harga tiket bermula dari RM768 (VIP), RM658 (PS1), RM528 (PS2), RM398 (PS3), and RM278 (PS4).
Sebagai ganjaran, Ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada konsert eksklusif ini! Nikmati malam penuh pesona yang mengimbau memori, persembahan bertenaga dan keunggulan muzik di destinasi hiburan bertaraf dunia serta resort bersepadu terkemuka di Malaysia. Raikan detik istimewa ini bersama insan tersayang dan alami sendiri keindahan muzik yang memukau saat Dato’ Sri Siti Nurhaliza menguasai pentas dalam konsert ulang tahun yang pasti meninggalkan kenangan terindah.