Sepanjang Mei ini, TVB Xing He membawakan tiga drama Hong Kong istimewa yang dipilih khas untuk penonton di Malaysia. Daripada kisah kekeluargaan yang mengharukan, komedi sejarah yang mencuit hati, hinggalah drama korporat yang sarat dengan konflik, saksikan hiburan tanpa henti menerusi Coffee Cat Mama, Your Highness, dan Born Rich.
1. Coffee Cat Mama
Tayangan Perdana: 5 Mei | Isnin hingga Jumaat, 7:00 malam
Penerbit: Cheung Kin Man
Pelakon: Bosco Wong, Eliza Sam, Nancy Wu, Vincent Wong, Michelle Yim Jumlah Episod: 20 eps

Drama keluarga yang menyentuh perasaan ini mengisahkan dua ibu yang mempunyai personaliti berbeza mengharungi suka duka kehidupan. Dipenuhi elemen lucu, emosi dan sentuhan romantik, Coffee Cat Mama mengetengahkan erti kekeluargaan, kemaafan dan peluang kedua dalam hidup.
2. Your Highness
Tayangan Perdana: 1 Mei | Isnin hingga Jumaat, 8:00 malam
Penerbit: Chan Yiu Chuen
Pelakon: Kalok Chow, Raymond Cho, Jeannie Chan, Brian Chu, Joey Wong Jumlah Episod: 25 eps

Komedi zaman silam yang menggabungkan unsur diraja dan kelucuan watak, menampilkan Kalok Chow dan Jeannie Chan sebagai teraju utama. Dialog yang bersahaja, aksi mencuit hati dan keberanian luar jangka menjadikan drama ini pilihan tontonan yang unik.
3. Born Rich
Ditayangkan Setiap Sabtu & Ahad, 8:00 malam
Penerbit: Chong Wai Kin
Pelakon: Ray Lui, Gallen Lo, Joe Ma, Anita Yuen, Kenix Kwok, Jaime Chik Jumlah Episod: 41 eps

Drama korporat menampilkan barisan pelakon hebat dan plot yang sarat dengan rahsia keluarga, pengkhianatan dan permainan kuasa dalam dunia perniagaan.
TVB Xing He kini menampilkan sarikata dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, menjadikan drama Hong Kong lebih mudah difahami oleh penonton bukan penutur Kantonis. Sama ada anda menonton di telefon, tablet atau TV pintar, muat turun aplikasi TVB Anywhere dan nikmati drama kegemaran anda bila-bila masa, di mana sahaja!
Muat Turun aplikasi TVB Anywhere+ sekarang. Langgan TVB Anywhere serendah RM19.90/ sebulan. Tonton drama dan rancangan terkini seiring dengan siaran di Hong Kong. Jangan lepaskan peluang untuk rebut ganjaran hebat melalui #3ZONE! https://www.tvbanywhere.com/tc/webtv