inDrive Malaysia Hargai Para Pemandunya Ketika Sambutan Rumah Terbuka Raya 2025!

inDrive Malaysia, sebuah platform perkhidmatan mobiliti global, telah melancarkan Anugerah Prestasi Pemandu Terbaik sempena sambutan Rumah Terbuka Raya yang diadakan di Cyberjaya, hari ini (25 April). Anugerah ini bertujuan untuk menghargai pemandu-pemandu yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang serta komitmen yang tinggi sepanjang mereka bersama platform inDrive.

indrive malaysia hargai para pemandunya ketika sambutan rumah terbuka raya 2025!

Dalam majlis yang penuh meriah ini, para pemenang menerima penghargaan seperti baucar petrol, trofi peribadi, dan barangan eksklusif inDrive. Namun, lebih daripada sekadar penghargaan, inisiatif ini juga membuka peluang bagi pemandu untuk turut terlibat dalam pelbagai program pembangunan profesional yang bakal dilaksanakan oleh inDrive, termasuk sesi latihan dan kempen serantau.

indrive malaysia hargai para pemandunya ketika sambutan rumah terbuka raya 2025!

Menurut Azlan Anwar, Pengurus Operasi Pemandu inDrive Malaysia, “Pemandu kami bukan sekadar sebahagian daripada platform, merekalah enjin utama yang menggerakkannya. Dengan mengiktiraf dan menyokong para pemandu, kami bukan sahaja memperkukuhkan komuniti kami, tetapi juga memastikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan konsisten. Apabila pemandu rasa dihargai, ia akan tercermin dalam setiap perjalanan.”

indrive malaysia hargai para pemandunya ketika sambutan rumah terbuka raya 2025!

Anugerah ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria penting, termasuk jumlah perjalanan yang dijalankan, maklum balas positif dari pelanggan, pematuhan kepada piawaian keselamatan, dan komitmen jangka panjang terhadap platform. Semua ini mencerminkan dedikasi pemandu-pemandu yang memastikan perkhidmatan yang selamat, boleh dipercayai, dan profesional.

.

Seiring dengan pertumbuhan pesat inDrive Malaysia, yang mencatatkan peningkatan sebanyak 36.1% dalam jumlah pemandu aktif pada Ogos 2024, platform ini terus berusaha untuk mempertingkatkan pengalaman pemandu dengan menyediakan sokongan yang lebih pantas dan cekap. Selain itu, inDrive turut memperkenalkan program-program baru yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan pembangunan jangka panjang pemandu.

..

Dalam acara tersebut, sambutan rumah terbuka turut mengeratkan hubungan antara pemandu, kakitangan, dan komuniti inDrive di Malaysia, termasuk juga daripada pihak media. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti lawan congkak dan mereka cipta button badge, yang mana ini memberikan peluang kepada semua yang hadir untuk berkenal-kenalan dan berkongsi pengalaman.

.

Dengan langkah-langkah baru ini, inDrive Malaysia juga berharap dapat terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai platform mobiliti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan pembangunan komuniti pemandu di Malaysia.