‘Saya Hormat Permintaan Suami’ - Fatin Afeefa Nekad Tinggalkan Dunia Hiburan

Pelakon Fatin Afeefa akui sudah nekad untuk berundur daripada dunia hiburan atas permintaan suaminya. 

Menurut Fatin, dia kini mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada keluarga atas permintaan suaminya, Aliff Awang yang memintanya untuk menjaga aurat.

“Selepas berkahwin, saya hormati permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, sebab saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon dan menyanyi lagi.

“Tapi saya minta sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.

“Sekarang ini saya lebih suka duduk rumah. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi rasa tenang sahaja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan,” katanya. 

Tambahnya, dia juga ingin memperbaiki diri dan menjadi manusia yang lebih baik selain mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang Muslim.

Sumber: Kosmo